Perkhidmatan Kami

Penyumberan & Perolehan
Peluang berkenalan dan berhubung dengan pembekal dan Pengeluar Peralatan Asal (OEM) di China untuk elektronik, fesyen, rumah, gaya hidup, dan banyak lagi!
Ketahui lebih lanjut

Penghantaran Rentas Sempadan
Dapatkan pesanan anda dengan cepat dan dengan kadar yang berpatutan dengan pasukan penghantaran antarabangsa kami.
Ketahui lebih lanjut

Pembiayaan Perdagangan
Perlukan aliran tunai yang lebih mampan? Manfaatkan pilihan pembayaran fleksibel kami tanpa caj tersembunyi dan tanpa cagaran!
Ketahui lebih lanjut
Penyumberan & Perolehan

Find-for-you
Mencari pembekal yang baik adalah penting untuk perniagaan e-dagang mana pun. Dengan kebanyakan produk kini datang dari China, mempunyai rangkaian yang hebat dan kemahiran berunding dapat menyelesaikan urusan tersebut. Find-for-you mengendalikan segala-galanya dari:
- Peyumberan
- Pembelian
- Logistik/Pengimportan
- Pengambilan dan penghantaran ke gudang anda

Buy-for-you
Jika anda telah memilih pembekal tetapi memerlukan bantuan dalam rundingan harga, kuantiti Pesanan Minimum (MOQ), pengesahan produk, dan penyaringan pembekal, Buy-for-you adalah perkhidmatan yang terbaik untuk anda, dengan:
- Pembelian
- Logistik/Pengimportan
- Pengambilan dan penghantaran ke gudang anda
Kami juga menawarkan bantuan pembayaran jika diperlukan.
Perkhidmatan Penghantaran Rentas Sempadan
Perkhidmatan penghantaran rentas sempadan adalah penting dalam keseluruhan proses perolehan. Selepas anda mendapatkan sumber dan membeli produk dari pembekal, kami akan mengatur pengangkutan barang ke destinasi yang anda pilih - menggunakan gudang-gudang tempatan kami jika anda tidak mempunyai kemudahan penyimpanan.
Ini termasuk perkhidmatan pengangkutan barang yang fleksibel dengan harga yang berpatutan untuk memastikan anda boleh menerima produk dari pembekal tanpa melintasi beberapa sempadan. Pasukan perkhidmatan penghantaran rentas sempadan Ninja Van juga akan menguruskan pelepasan kastam, pertukaran mata wang, dan dokumen cukai dari negara asal hingga destinasi akhir bagi pihak anda.

Perkhidmatan Pembiayaan Perdagangan

Bayar sebelum penghantaran (P4D)
Kami menyediakan pilihan untuk membayar sebahagian daripada pembayaran sementara kami membantu untuk membayar baki pertama. P4D memberikan anda lebih banyak masa untuk menyediakan dana sambil memiliki kebebasan untuk menguruskan aliran tunai anda secara lebih mampan.
.png)
Bayar Kemudian (PayLater)
Selain daripada skim P4D, kami juga menawarkan pelan PayLater. Pelan ini membenarkan anda meletakkan deposit sebanyak 30% semasa penempatan pesanan dan membayar baki selepas tempoh persetujuan 45, 60, atau 90 hari, membolehkan anda mengekalkan aliran tunai yang lebih sihat.