Ada Persoalan?
Kami Ada Jawapannya!
Lawati halaman Ninja Helpdesk untuk mendapatkan senarai penuh Soalan Lazim tentang Ninja Biz. Untuk pertanyaan, permintaan atau maklum balas lain, sila lawati halaman Hubungi Kami.
Terma dan Syarat untuk Promosi Pengguna Baharu Ninja Biz
- Tawaran ini hanya untuk pengirim baru sahaja.
- Tawaran ini sah selama 7 hari selepas pendaftaran akaun.
- Tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2026.
- Anda boleh menikmati diskaun serta-merta RM1.50 untuk semua bungkusan yang dibuat dalam tempoh 7 hari selepas pendaftaran.
- Potongan RM1.50 hanya sah untuk kos penghantaran sahaja, tidak termasuk kos COD dan insurans.
- Ninja Van berhak mengubah atau menarik balik terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Nota tambahan:
- Kitaran bil Ninja Van bermula setiap hari Isnin. Pengirim akan menerima pautan pembayaran melalui WhatsApp mengandungi laporan invois bagi pesanan lengkap daripada Isnin ke Ahad.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berhubung dengan kami dengan menghantar tiket atau bercakap dengan ejen bualan langsung dalam aplikasi di bahagian helpdesk atau hantar email kepada kami di shippercare_my@ninjavan.co.
Bagaimanakah cara saya memulakan penghantaran dengan Ninja Biz?
1. Cipta akaun di aplikasi Ninja Biz
2. Buat pesanan pertama anda dengan kami melalui aplikasi
3. Tunggu bungkusan anda diambil/hantar bungkusan anda di salah satu tempat penghantaran kami!
Caj penghantaran untuk penghantaran bungkusan adalah melalui kaedah pembayaran “Bayar Selepas Penghantaran (PAD)”. Dengan kaedah ini, satu mesej melalui WhatsApp dengan pautan pembayaran akan dihantar pada setiap hari Isnin antara 11:00 pagi hingga 8:00 malam. Jika anda tidak mempunyai WhatsApp, satu SMS peringatan akan dihantar.
Bagaimana untuk saya mencipta akaun?
Untuk mencipta akaun anda,
- Muat turun aplikasi daripada Google Playstore/Apple App Store
- Masukkan emel/nombor telefon anda dan pilih negara anda
- Sahkan emel/nombor telefon anda menggunakan OTP
- Tetapkan kata laluan anda
- Masukkan maklumat perniagaan anda
- Masukkan maklumat akaun bank (COD sahaja)
- Masukkan nombor KP anda atau muka hadapan KP anda
Dan anda sudah bersedia!
Mengapa saya diminta untuk menggunakan alamat e-mel/nombor telefon lain untuk membuat akaun?
Alamat e-mel/nombor telefon anda telah didaftarkan dengan akaun Ninja Lite/Pro. Sila gunakan alamat e-mel/nombor telefon lain untuk penciptaan akaun aplikasi mudah alih.


