Ninja Restock

Pergerakan stok lebih bijak. Isi semula stok terus ke kedai. Pengangkutan lori B2B fleksibel— kini dengan sokongan GRN, RDO & MPS dari Ninja Van.

Dipercayai Industri B2B Utama Malaysia

Jenama FMCG & Minuman

✅ 100% penghantaran Purchase Order (PO) tepat pada masanya

✅ 800+ titik pengedaran diliputi

✅ Tiada lagi kos penjanaan semula PO

Produk Haiwan & Barangan Pengguna

✅ 300+ rakan niaga runcit dilayani

✅ Keterlihatan rantaian bekalan secara masa nyata

✅ 2,000 karton dihantar setiap bulan

Farmaseutikal & Penjagaan Kesihatan

✅ 5,000+ penghantaran sensitif setiap bulan

✅ Liputan berkembang sebanyak 30%

✅ Tiada kerosakan walaupun di kawasan luar bandar

...dan banyak lagi perniagaan B2B dalam bidang kecantikan, fesyen, makanan, gaya hidup, serta e-dagang.

Siapa yang Menggunakan Ninja Restock?

Sama ada anda pemilik jenama, pengedar, atau pengusaha rangkaian kedai, Ninja Restock direka untuk menyokong operasi harian anda.

FMCG & Rangkaian Runcit

Perkhidmatan sewaan lori harian, laluan siap Multiparcel (MPS), sokongan GRN, dan penghantaran terus ke kedai.

Kedai Serbaneka & Mini Mart

Mesra muatan kecil. Penghantaran terus ke rak untuk karton longgar.

Perniagaan Multi-Cawangan & Rangkaian Kedai

Fleksibiliti karton longgar + harga berdasarkan CBM.

E-dagang & Pemborong Atas Talian

Sesuai untuk penghantaran multiparcel dan pengurusan RDO yang cekap.

Farmaseutikal & Penjagaan Kesihatan

Penghantaran segera untuk barangan sensitif — patuh suhu.

Makanan, Minuman & Produk Sejuk Beku

Pilihan cold-chain tersedia melalui Ninja Cold lengkap dengan penjejakan GRN.

Dari Gudang ke Kedai – Beginilah Stok Anda Bergerak

Kami optimalkan setiap langkah dalam kitaran stok semula anda — dari kutipan hingga penghantaran.


Jenis laluan penghantaran barang yang kami sediakan:

Kenapa Pilih Ninja Restock?


Isi Semula Stok Lebih Pantas

Tempoh penghantaran secepat 1–3 hari bekerja untuk penghantaran harian atau berjadual.

MOQ Fleksibel

Isi semula stok mengikut keperluan — bayar hanya untuk jumlah yang dihantar.

Terus ke Kedai

Tak perlu urus fleet dalaman — kami hantar terus ke lokasi runcit anda.

Sokongan 3PL yang Boleh Dipercayai

Penjejakan masa nyata, operasi responsif & sokongan logistik menyeluruh.

Liputan Seluruh Negara

Dari Lembah Klang hingga kawasan luar bandar — perkhidmatan konsisten di mana-mana.

Sokongan Aliran Kerja Teras

GRN digital, pengurusan RDO bijak, dan penghantaran MPS — untuk operasi yang lancar.

Mesra Barang Besar

Dari peti sejuk komersial ke rak besi — fleet kami boleh uruskan.

Pengurusan Akaun Khusus

Sokongan lengkap terus daripada pasukan kami, tiada pengantara.

Berhubung dengan Pasukan Kami Hari Ini



Logistik Lebih Daripada Penghantaran Lori

Bukan hanya penghantaran — kami sediakan perkhidmatan logistik 3PL tersuai yang menjimatkan kos dan menyokong dinamik perniagaan anda.

Ninja Cold memastikan barangan mudah rosak kekal segar dengan penghantaran rantaian sejuk merentasi Asia Tenggara.

Ketahui lebih lanjut

Ninja Fulfilment bantu kurangkan kos storan dan tenaga kerja melalui pengurusan inventori lengkap.

Ketahui lebih lanjut

Dari gudang ke penerima, Ninja Van hantar untuk perniagaan dari pelbagai saiz.

Ketahui lebih lanjut

Ninja Van – Rakan Logistik Pilihan Asia Tenggara

Kitaran stok lebih konsisten. Lebih pantas. 3PL dipercayai.

Ninja Restock memberi anda kawalan dan liputan menyeluruh untuk meluaskan operasi tanpa had.

Soalan Lazim (FAQs)

Ada soalan? Semak senarai soalan lazim kami di bawah. Jika jawapan yang anda cari tiada di sini, sila hubungi pasukan sokongan kami melalui halaman Hubungi Kami.

Apakah jenis barangan yang boleh dihantar melalui Ninja Restock?

Kami menyokong penghantaran pukal untuk pelbagai industri melalui perkhidmatan lori dan trak kami, bagi memastikan perancangan rantaian bekalan yang mantap serta penghantaran terus ke kedai. Antara barangan biasa termasuk:

  • Pakaian dan kasut
  • Produk kosmetik dan kecantikan
  • Aksesori
  • Gajet dan barangan teknologi
  • Makanan yang tidak mudah rosak
  • Bekalan hotel, restoran & kafe (HoReCa)
  • Peralatan kecil
  • Bahan mentah tidak toksik
  • Produk farmaseutikal dan bekalan perubatan

Nota: Produk sejuk beku dan bahan berbahaya tidak termasuk dalam servis ini.

Di mana kawasan liputan penghantaran?

Kami menawarkan liputan menyeluruh di seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak, melalui rangkaian logistik 3PL kami yang kukuh. Ninja Restock juga tersedia di Indonesia dan Filipina, menyokong operasi serantau di Asia Tenggara.

Berapa lama masa penghantaran?

Kami komited kepada SLA 1–3 hari bekerja, untuk memastikan pusingan stok yang pantas. Untuk penghantaran harian atau keperluan restock segera, sila hubungi kami untuk susun jadual yang sesuai dengan keperluan stok anda.

Bagaimana jika berlaku kelewatan atau kerosakan pada penghantaran?

Kami menyediakan perlindungan liabiliti terhad untuk penghantaran yang lewat, hilang atau rosak. Bagi mengurangkan risiko kerosakan, pastikan:

  • Kotak tidak terlalu padat atau membonjol
  • Barang dibungkus dengan selamat di dalam kotak
  • Label penghantaran dan nombor telefon jelas dan lengkap
  • Kotak ditutup rapi dengan pita keselamatan atau bahan pelekat

Bolehkan saya jejak status penghantaran?

Ya! Gunakan Ninja Dashboard untuk penjejakan masa nyata bagi setiap pesanan restock anda—dari pickup hingga ke penghantaran. Anda akan mendapat visibiliti penuh bagi merancang rantaian bekalan dengan lebih berkesan.

Saya pembekal. Bolehkan saya hantar ke beberapa cawangan sekali gus?

Boleh. Pembekal, pemborong dan pengedar utama boleh gunakan servis ini untuk hantar terus ke kedai rangkaian, cawangan runcit atau gudang—tanpa perlu mengurus armada sendiri.

Adakah terdapat minimum kuantiti pesanan (MOQ)?

Kami menawarkan pilihan MOQ yang fleksibel mengikut keperluan perniagaan anda. Caj perkhidmatan dikira berdasarkan isipadu (CBM), bukan saiz trak—menjadikannya lebih berbaloi untuk penghantaran dalam kuantiti kecil mahupun besar.

Boleh kah saya jadualkan penghantaran secara berkala?

Ya. Perniagaan boleh menjadualkan penghantaran stok secara berkala (harian, mingguan, dua minggu sekali, dsb) mengikut corak penggunaan kedai. Ini membantu elak kehabisan stok dan lebihan barang yang tidak terjual.

Boleh kah servis ini digunakan bersama penghantaran sejuk beku?

Ninja Restock direka untuk penghantaran stok biasa pada suhu bilik. Untuk penghantaran barangan sejuk beku, sejuk atau segar, gunakan servis Ninja Cold kami. Hubungi kami untuk pilihan terbaik bagi jenis barangan anda.

Bolehkan penghantaran ke beberapa lokasi digabung dalam satu perjalanan?

Boleh. Kami menyokong penghantaran multi-drop dan pengoptimuman laluan untuk membantu anda restock ke banyak lokasi secara lebih efisien dan kos efektif.

Masih ada soalan lain?

Isi je borang di laman Ninja Restock, team kami akan hubungi anda. Untuk soalan umum, sila kunjungi Halaman Sokongan atau isi borang pertanyaan di halaman Hubungi Kami.