Peluang Rakan Niaga Runcit

Ubah kedai anda menjadi Ninja Point dan sertai rangkaian kami yang berkembang pesat dengan 5,500+ lokasi di seluruh Malaysia.

Kenapa Sertai Rakan Niaga Ninja Van?

Nak mula bisnes kurier Malaysia sendiri tapi risau tentang kos, pengalaman atau proses yang rumit? Dengan program Rakan Niaga Runcit Ninja Van, anda hanya perlukan ruang di kedai — tanpa kos permulaan atau pengalaman logistik. Alternatif lebih fleksibel berbanding francais kurier Malaysia. Dipercayai oleh ribuan pemilik kedai di Malaysia, program ini bantu anda jana pendapatan setiap hari, tambah trafik pelanggan ke kedai dan kembangkan bisnes sedia ada. Tiada yuran francais. Tiada komitmen rumit. Hanya peluang nyata untuk berkembang.

Apa Itu Rakan Niaga Runcit Ninja Van?

Ini bukan francais — tapi lebih baik. Anda boleh jana pendapatan seperti francais, tanpa kos besar dan kontrak ketat. Kami tawarkan dua pilihan fleksibel mengikut jenis dan matlamat kedai anda:
an front view image of a store in yellow-orange colour schemes representing Non-branded PUDO point
Ninja Point Tidak Berjenama

Sesuai untuk kedai runcit kecil. Tiada kos permulaan, tiada ubahsuai kedai diperlukan. Boleh terus mula sebagai lokasi penghantaran, pengambilan & pemulangan.

an front view image of a store in red-white colour schemes representing Ninja Van branded retail partner
Ninja Point Berjenama

Lokasi kurier dengan jenama rasmi Ninja Van – lengkap dengan papan tanda, bahan promosi dan servis walk-in (buat penghantaran dari kaunter).

Dengan sokongan logistik Ninja Van seluruh negara, anda akan terima volume parcel yang tinggi setiap hari dan pergerakan parcel yang pantas.


Bersedia Untuk Sertai Kami?

Ribuan rakyat Malaysia sudah jana pendapatan lebih dengan ubah kedai mereka jadi Ninja Point. Isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda untuk langkah seterusnya.

Soalan Lazim (FAQ)


Adakah ini francais sebenar?

Tidak, ini adalah model Rakan Niaga Runcit. Sama seperti francais kurier Malaysia dari segi potensi pendapatan, tetapi lebih fleksibel, tanpa yuran francais dan komitmen ketat.

Bagaimana cara jadi ejen kurier dengan Ninja Van?

Pilih saja model Ninja Point yang sesuai (Berjenama atau Tidak Berjenama), dan kami akan bantu anda mulakan. Proses daftar sangat mudah!

Apa beza model ini dengan francais kurier lain di Malaysia?

Berbanding francais tradisional, kami tawarkan kos rendah, sokongan penuh, dan pilihan yang boleh disesuaikan dengan kedai anda.


Berapa kos untuk buka Ninja Point Berjenama di Malaysia?

Tiada kos francais. Jika anda pilih Ninja Point Berjenama, hanya perlu sediakan kos penjenamaan dan ubah suai kedai.

Boleh ke saya jalankan dari kedai sedia ada?

Boleh! Ramai rakan niaga kami guna ruang di kedai runcit, mart, atau kaunter sedia ada.

Sokongan apa yang saya akan dapat?

Latihan, bahan promosi, SOP operasi, dan hotline sokongan. Berminat? Hubungi kami!

Apa kelebihan jadi Rakan Niaga Ninja Van Malaysia?

Anda boleh jana pendapatan dengan servis drop-off, pick-up, dan penghantaran walk-in. Sertai rangkaian logistik yang pesat berkembang!