Logistik Rantaian Sejuk

Menghantar produk sejuk beku di seluruh Asia Tenggara, dengan selamat dan tepat.

Kenapa Pilih Ninja Van?

Dalam dunia yang serba pantas ini, menjaga kesegaran dan keintegritian produk yang sensitif suhu amat kritikal. Cabaran logistik rantaian sejuk ini memang tidak mudah, tetapi Ninja Van amat memahami keluhan anda. Jangan risau, kami sedia menjadi rakan setia anda untuk memastikan barangan sejuk beku anda dihantar dengan selamat, cepat, dan terjaga segar.
Rangkaian Tanpa Tandingan

Dengan rangkaian yang meluas, kami menawarkan penyelesaian rangkaian sejuk yang lancar di seluruh kawasan SEA.

Pengalaman Logistik

Pasukan pakar kami yang komited memahami kompleksiti penghantaran yang dikawal suhu.

Teknologi Terkini

Kami menggunakan teknologi terkini bagi memberikan ketelusan penuh dan memastikan integriti produk untuk anda.

Penyelesaian Disesuaikan

Akses kepada pelbagai pilihan yang boleh disesuaikan, dari trak berbeku dan pembungkusan hingga fasiliti pengendalian dan penyimpanan khas.

Penyelesaian Yang Mampan

Kami komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar melalui penggunaan tenaga bijak dan pengurusan sisa yang berhemah.

Kawalan Suhu Fleksibel mengikut Keperluan Anda

Di Ninja Cold, kami faham bahawa setiap produk memerlukan julat suhu tertentu untuk mengekalkan kesegaran, kualiti, dan keselamatan. Oleh itu kami menawarkan pelbagai penyelesaian kawalan suhu untuk keperluan perniagaan anda. Berikut adalah pilihan kawalan suhu yang kami ada:
18°C ke 25°C
Kawalan Suhu

Julat ini sesuai bagi produk yang memerlukan penyejukan tetapi tidak beku.

0°C ke 8°C
Sejuk

Sesuai bagi memelihara kesegaran dan kualiti buat, sayuran, susu, dan daging segar.

-18°C ke -20°C
Beku

Persekitaran sejuk beku ini penting bagi barangan beku seperti makanan laut, daging, hidangan tersedia, dan ais krim.

Pelanggan Rangkaian Sejuk Kami

Ninja Van dengan bangganya menjadi pembekal penyelesaian rangkaian sejuk pilihan utama bagi jenama-jenama ini.

Dapatkan logistik rangkaian sejuk mudah dan lancar hari ini.

Hubungi kami untuk membincangkan keperluan perniagaan anda secara khusus dan menerima penyelesaian yang terbaik. Kami di sini untuk membantu anda menguruskan rantaian rangkaian sejuk kawalan suhu dengan yakin di seluruh SEA.

Soalan Lazim (FAQ)


Apakah barangan yang tidak boleh dihantar?

Kami mempunyai larangan terhadap beberapa jenus barangan untuk keselamatan dan atas sebab undang-undang. Barangan berikut adalah dilarang daripada dihantar, dan pengirim hendaklah bersetuju untuk tidak menghantar barangan berikut dan tidak tertakluk hanya kepada barangan berikut:

  • Senjata, peluru, pisau dan bahan letupan, termasuk barangan mudah terbakar dan agen pengoksidaan.
  • Dadah narkotik, peralatan berkaitan dadah, dan dadah psikoaktif, bahan kimia dan toksik.
  • Bahan biokimia, epidemik, dan berjangkit.
  • Bahan radioaktif.
  • Barangan tiruan, seperti wang palsu, sekuriti boleh niaga, sijil, dan cop rasmi.
  • Matawang dan sekuriti boleh runding.
  • Barangan yang melanggar hak cipta dan barangan tiruan dan diragui.
  • Haiwan dan tumbuhan, terutamanya haiwan dilindungi dan barangan berkaitan.
  • Ubat-ubatan atau barangan berbahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan yang boleh menyebarkan penyakit melalui kawasan berjangkit.
  • Rokok, tembakau, barangan tembakau, dan minuman keras.
  • Barangan berharga, termasuk hasil seni, antik, permata, dan besi berharga termasuk emas.

Ke mana dan dari mana saya boleh hantar?

Kami menawarkan liputan yang memudahkan dalam Lembah Klang (KV) dengan penghantaran harian. Kami juga menghantar ke Pulau Pinang dan Johor Bahru (JB) setiap hari. Ambilan juga boleh dijadualkan daripada kawasan yang sama.

Adakah saya perlukan kotak styrofoam?

Tidak, kotak kadboard yang keras sudah memadai jika barangan anda sudah disejukkan/dibekukan semasa pengambilan. Untuk penebatan suhu tambahan, boleh mengambil kira kotak styrofoam. Rujuk kepada panduan bungkusan produk anda untuk kawalan suhu.

Apakah panduan pembungkusan bagi penghantaran dengan Ninja Cold?

  • Bungkusan hendaklah ditutup sepenuhnya: Pastikan bungkusan anda dibungkus dengan rapi untuk mengelakkan kebocoran atau tercemar.
  • Bahan bungkusan yang sesuai: Kami menyarankan penggunaan kotak kadboard yang kukuh, kotak styrofoam, atau pek buih tebat haba untuk kawalan suhu yang optimum.
  • Berat dan dimensi maksima: Bungkusan tidak boleh melebihi 25kg berat dan 50cm x 63cm x 38cm besar.
  • Kurangkan ruang kosong: Gunakan bahan pengisi ruangan kosong seperti gelembung pembungkusan, buih, dan lain-lain untuk mengurangkan ruangan kosong di dalam kotak. Ini boleh membantu memastikan suhu yang konsisten dan mengelakkan barangan daripada bergerak semasa dalam perjalanan.

Siapakah segmen sasaran bagi perkhidmatan Ninja Cold?

Ninja Cold menawarkan penyelesaian logistik kawalan suhu bagi pelbagai industri:

  • Segmen Segar & Beku: Kami menawarkan kepada pembekal makanan, pengeluar, pemborong, pengedar, peruncit, rantaian barangan runcit, restoran, dan perniagaan e-dagang yang mengendalikan barangan makanan segar dan beku.
  • Segmen Kawalan Suhu: Perkhidmatan kami adalah sesuai bagi  pembekal farmaseutikal, pengedar, peruncit, klinik, dan hospital yang memerlukan kawalan suhu yang tepat bagi perubatan dan produk kesihatan sensitif   suhu yang lain.

Apakah waktu operasi Ninja Cold?

Perkhidmatan kami berjalan sepanjang minggu untuk memastikan penghantaran yang efisyen:

  • Gudang: Gudang kami beroperasi 24/7 untuk mengendali dan memproses barangan dengan cekap, memastikan kelewatan yang minimal dan penghantaran cepat.
  • Stesen dan Pasukan Jalan ke Pasar: Stesen kami dan pasukan jalan ke pasar bersedia setiap Isnin ke Sabtu, daripada jam 9:00 pagi ke 6:00 petang, untuk menjawab segala pertanyaan dan membantu tempahan anda.

Bilakah saya boleh jangkakan penghantaran saya?

Kami faham kepentingan penghantaran tepat masa. Berikut adalah pecahan jangka masa penghantaran biasa kami:

  • KV ke KV: Anda boleh menjangkakan penghantaran anda tiba pada hari berikutnya dalam Lembah Klang, sesuai untuk penghantaran cepat.
  • KV ke Pulau Pinang/JB dan sebaliknya: Penghantaran antara Lembah Klang dan Pulau Pinang atau Johor Bahru selalunya mengambil masa satu hari bekerja, memastikan kesegaran barangan sensitif suhu anda.

Untuk jangka masa yang tepat bagi penghantaran spesifik anda, sila beritahu kami!

Apa akan terjadi jika penghantaran saya tidak berjaya?

Kami mengutamakan penghantaran berjaya dan akan membuat percubaan untuk menyampaikan barangan anda kepada penerima. Jika percubaan penghantaran pertama tidak berjaya, kami akan membuat dua kali percubaan tambahan dalam masa empat hari. Pasukan kami juga akan menghubungi anda untuk membincangkan penghantaran alternatif jika perlu.

Berapakah kos penghantaran?

Kos penghantaran ditetapkan oleh jarak perjalanan barangan anda. Berikut adalah beberapa harga permulaan untuk memberi anda jangkaan harga:

  • KV ke KV: Harga bermula daripada RM17 untuk penghantaran dalam Lembah Klang.
  • KV ke Pulau Pinang/JB dan sebaliknnya: Penghantaran antara Lembah Klang dan Pulau Pinang atau Johor Bahru bermula daripada RM22.

Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran untuk penghantaran?

Kaedah pembayaran spesifik akan ada semasa proses tempahan. Kos penghantaran akan dijelaskan ketika itu supaya anda boleh memasukkan ke dalam bajet keseluruhan anda.

Bolehkah Ninja Cold memenuhi keperluan suhu yang spesifik?

Sudah tentu! Kenderaan sejuk beku kami boleh mengekalkan julat suhu daripada -20°C untuk barangan beku sehingga ke 25°C untuk barangan sejuk. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan keperluan suhu spesifik anda dipenuhi.

Adakah Ninja Cold menghantar barangan sejuk menggunakan kereta dan motorsikal?

Tidak, Ninja Cold menggunakan trak dan van sejuk beku dengan kawalan suhu bagi barangan sejuk, memastikan rantaian sejuk beku yang mampan untuk kesegaran.

Apakah jenis kenderaan yang digunakan Ninja Cold?

Kami menggunakan armada yang meluas yang direka khas untuk rangkaian logistik sejuk beku yang optimum. Ini merangkumi:

  • Kenderaan reefer 10 dan 14 kaki: Ini sesuai bagi barangan kecil yang memerlukan kawalan suhu yang tepat.
  • Kenderaan zon suhu pelbagai (akan datang): Kami bercadang untuk mengenalkan kenderaan inovatif yang boleh mengendalikan zon suhu pelbagai dalam satu kontena, memaksimakan kecekapan untuk keperluan rantaian sejuk beku anda.
  • Kenderaan barangan suhu terkawal ringan: Ini adalah sempurna bagi penghantaran cepat bagi barangan sensitif suhu yang lebih kecil.

Di manakah lokasi kemudahan penstoran Ninja Cold di Malaysia?

Kami mempunyai rangkaian gudang suhu terkawal yang strategik di serata Malaysia. Atas faktor keselamatan, kami tidak menyenaraikan alamat kemudahan kami secara terbuka. Tetapi, apabila anda bertanya mengenai penyelesaian penstoran kami bersedia berkongsi lokasi yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi pasukan kami hari ini!