Pemenuhan Pantas, Tepat & Sedia Digunakan untuk Perniagaan Aktif
Kami telah membantu pelbagai perniagaan, dari FMCG hingga penjagaan kesihatan untuk mengurus ribuan pesanan setiap hari dengan lancar. Tidak kira sama ada permintaan stabil atau bermusim, model kami fleksibel dan sedia menyesuaikan diri mengikut keperluan anda.
Daripada penyimpanan pukal hinggalah “pick & pack” yang terperinci, kami menyediakan solusi yang fleksibel. Rangkaian logistik kami di Malaysia dan Asia Tenggara memastikan pesanan anda dihantar dengan cepat dan tepat.
Perbezaan Antara Pemenuhan E‑Pemenuhan & Perkhidmatan Gudang
| Kriteria | E‑Pemenuhan | Perkhidmatan Gudang |
| Jenis Pesanan | Pesanan harian berjumlah tinggi | Simpanan pukal & penghantaran borong |
| Kelajuan Penghantaran | Penghantaran segera ke seluruh Malaysia & Asia Tenggara | Penghantaran berkala atau konsolidasi untuk cawangan |
| Tahap Pengendalian | Unit kecil, “bundle” atau barangan berasingan | Pallet, kotak besar, atau barangan dalam jumlah banyak |
| Struktur Kos | Bayar ikut guna, dengan kos operasi rendah | Penyimpanan berskala dengan pengoptimuman ruang dan tenaga kerja khusus |
| Fleksibiliti | Sesuai untuk promosi, jualan bermusim & “flash sale” | Ideal untuk pengurusan inventori jangka panjang & tetap |
| Ketepatan & Kecekapan | “Pick/pack” berpandukan sistem & status masa nyata | Inventori digabung untuk pesanan B2B dan B2C |
| Sesuai untuk | Jenama D2C, e-dagang, penjual pasaran | Pengedar, peruncit, dan penjual semula B2B |
Proses Pemenuhan Ninja Van
Sebaik sahaja inventori anda tiba di gudang kami, proses akan bermula secara automatik. Disokong oleh sistem teknologi dan SOP yang berstruktur, setiap langkah daripada imbasan masuk hingga penghantaran last-mile akan dilaksanakan untuk menjamin ketepatan, kelajuan, dan kebolehan berskala. Semuanya dipantau secara masa nyata.

Dipercayai Ribuan Perniagaan di Malaysia dan Asia Tenggara
Ninja Fulfilment ialah pilihan utama bagi jenama yang menuntut kepantasan, kebolehpercayaan dan penyelesaian berskala untuk B2C dan B2B. Beberapa rakan niaga kami termasuk:
Soalan Lazim
Apa itu gudang e-dagang dan bagaimana ia berfungsi?
Gudang e-dagang ialah fasiliti penyimpanan yang direka khusus untuk pengurusan inventori dan pemprosesan pesanan. Di Ninja Van, gudang pemenuhan kami mengendalikan segalanya, daripada penerimaan inventori, picking, pengepakan sehinggalah penghantaran kepada pelanggan di Malaysia dan Asia Tenggara. Semua ini dijalankan dengan pantas, tepat, dan boleh diskala mengikut keperluan perniagaan anda.
Apa jenis produk yang sesuai untuk perkhidmatan pemenuhan e‑dagang Ninja Van?
Kami menyokong pelbagai kategori produk—fesyen, kosmetik, kesihatan, elektronik, FMCG dan banyak lagi. Asalkan barangan anda bukan mudah rosak atau berbahaya, dan dalam had saiz/berat, kami boleh sediakan pelan pemenuhan gudang yang sesuai.
Apakah kadar bayaran Pemenuhan E-dagang & Gudang B2B Ninja Van?
Kami sediakan sebut harga berdasarkan saiz, berat dan tahap pembungkusan. Hantar butiran anda untuk penilaian percuma.
Adakah pemenuhan termasuk pengambilan/penghantaran?
Ninja Van menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran last-mile di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara. Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran last-mile kami di sini.
Bolehkah saya guna bahan pembungkusan sendiri?
Semestinya. Ramai pelanggan e‑dagang kami menggunakan pembungkusan berjenama. Beritahu pasukan kami dan kami akan mengatur penghantaran bahan terus ke gudang kami.
Bolehkah saya tingkatkan ruang simpanan dan kapasiti pemenuhan seiring pertumbuhan perniagaan?
Sudah tentu. Model gudang e-dagang kami direka untuk berkembang bersama perniagaan anda. Anda boleh menambah ruang simpanan, kapasiti pemprosesan pesanan, dan perkhidmatan tambahan pada bila-bila masa terutamanya semasa musim puncak atau pelancaran produk.


.webp)


