Hero Banner

Perkhidmatan Kurier & Pos Ninja Van Malaysia

Hantar parcel dengan mudah, kadar jelas, dan harga parcel Ninja Van serendah RM6.50 ke seluruh Malaysia.

cardImage
Hantar Parcel Secara Atas Talian
Daftar dan mula pos barang melalui aplikasi Ninja Van atau laman web.
cardImage
Beli Ninja Packs
Polymailer prabayar dengan harga tetap, selagi muat, mudah & jimat.
cardImage
Mohon Akaun Perniagaan
Untuk penghantar dengan >150 parcel sebulan.

Kenapa Kami Perkhidmatan Kurier Terbaik di Malaysia?

Ninja Van Malaysia sentiasa mencari cara baru untuk memudahkan penghantaran barang anda. Daripada “Barang Sampai Baru Bayar” (pascabayar) hingga pilihan harga tetap Ninja Packs (prabayar), servis penghantaran Ninja Van direka untuk mudah digunakan, kos terkawal, dan penghantaran lebih boleh dipercayai.

Fokus kami mudah: perkhidmatan kurier yang menyesuaikan diri dengan cara anda pos barang, bukan sebaliknya.

Pilihan Penghantaran Parcel

Pascabayar

“Barang Sampai Baru Bayar”

Gunakan pembungkusan sendiri dan urus penghantaran pascabayar secara digital melalui Ninja Biz di telefon atau di komputer.

  • Hantar dahulu, bayar kemudian
  • Gunakan pembungkusan sendiri dan nombor air waybill
  • Kadar harga Ninja Van jelas mengikut berat (per kg), dari RM6.50 sahaja
  • Pilihan COD dan pickup tersedia, walaupun hanya satu parcel

Prabayar

“Harga Tetap, Tiada Had Berat”

Beli beg polymailer prabayar dan hantar parcel dengan harga tetap harga postage Ninja Van selagi muat dalam beg. Penghantaran cepat, mudah dan kos boleh dijangka.

  • Tersedia dalam pelbagai saiz (XS-L)
  • Harga tetap serendah RM6.50
  • Buat pesanan melalui Ninja Van Dashboard (versi web sahaja) dan serahkan di Ninja Point
  • Tiada keperluan untuk cetak air waybill sendiri

Kadar Penghantaran Pascabayar (per KG, Malaysia)

Dengan penghantaran pascabayar, anda hanya bayar untuk barang yang dihantar. Bil mingguan berdasarkan penggunaan.

Kadar Semenanjung Malaysia

*Semua harga tidak termasuk cukai dan yuran COD.

**Berat maksimum 30kg atau panjang hingga 200cm; jumlah dimensi = (P + L + T), setiap sisi tidak melebihi 100 cm.


Buat Pesanan Penghantaran Sekarang!

Kadar Sabah & Sarawak

*Semua harga tidak termasuk cukai dan yuran COD.

**Berat maksimum 30kg atau panjang hingga 200cm; jumlah dimensi = (P + L + T), setiap sisi tidak melebihi 100 cm.


Buat Pesanan Penghantaran Sekarang!


Kadar Penghantaran Prabayar

Penghantaran prabayar membolehkan anda bayar lebih awal untuk parcel dengan harga Ninja Van tetap. Tiada caj tersembunyi!

Ninja Pack
Jenis produk

Polymailer

Kawasan penghantaranHarga tetap untuk seluruh Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak)
Kelajuan penghantaranStandard (1–3 hari)
SaizXS (230mm x 170mm)
S (350mm x 250mm)
M Lite (420mm x 305mm)
M (470mm x 330mm)
Had beratSelagi muat, tiada had berat
Harga seunitDari RM5.60


Beli Ninja Packs Polymailer Sekarang!

Aplikasi Sempurna Untuk Hantar Parcel Secara Mudah

Nampak macam terlalu mudah? Tonton demo kami dan rasai sendiri perbezaannya. Dari pendaftaran akaun hingga hantar parcel pertama, semuanya boleh dibuat melalui aplikasi Ninja Biz.

Pelanggan yang Percaya pada Ninja Van

Dipercayai oleh perniagaan di seluruh Malaysia, penghantaran Ninja Van menyokong platform e-dagang terkemuka, peruncit, dan syarikat besar.

Mula Hantar Parcel Hari Ini

Mula hantar parcel dengan Ninja Van Malaysia hari ini; perkhidmatan kurier yang fleksibel mengikut setiap keperluan anda.
01

Ninja Packs

Polymailer prabayar untuk penghantaran dengan harga postage Ninja Van tetap selagi muat dalam beg.

Beli Sekarang

02

Hantar Parcel Secara Atas Talian

Daftar dan mula pos barang melalui aplikasi mudah alih atau laman web. Pos barang guna Ninja Van mudah.

Daftar Sekarang

03

Mohon Akaun Perniagaan

Untuk penghantar dengan >150 parcel sebulan, hubungi kami untuk harga tersuai.

Hubungi Kami Sekarang

Soalan Lazim Mengenai Perkhidmatan Kurier Ninja Van di Malaysia

Layari halaman Ninja Helpdesk untuk senarai lengkap soalan lazim berkaitan penghantaran Ninja Van. Untuk pertanyaan lain, permintaan atau maklum balas, sila layari halaman Hubungi Kami.

Terma dan Syarat untuk Promosi Pengguna Baharu Ninja Biz


  • Tawaran ini hanya untuk pengirim baru sahaja.
  • Tawaran ini sah selama 7 hari selepas pendaftaran akaun.
  • Tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2026. 
  • Anda boleh menikmati diskaun serta-merta RM1.50 untuk semua bungkusan yang dibuat dalam tempoh 7 hari selepas pendaftaran. 
  • Potongan RM1.50 hanya sah untuk kos penghantaran sahaja, tidak termasuk kos COD dan insurans.
  • Ninja Van berhak mengubah atau menarik balik terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.



Nota tambahan:

  • Kitaran bil Ninja Van bermula setiap hari Isnin. Pengirim akan menerima pautan pembayaran melalui WhatsApp mengandungi laporan invois bagi pesanan lengkap daripada Isnin ke Ahad.


Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berhubung dengan kami dengan menghantar tiket atau bercakap dengan ejen bualan langsung dalam aplikasi di bahagian helpdesk atau hantar email kepada kami di shippercare_my@ninjavan.co.

Bagaimana Saya Boleh Mula Pos Barang dengan Ninja Van?

Berikut cara untuk bermula:

  • Cipta akaun melalui Ninja Van Dashboard di laman web atau aplikasi mudah alih
  • Cipta pesanan pertama anda
  • Tunggu parcel anda diambil atau hantar parcel ke salah satu lokasi drop-off kami

    Caj penghantaran parcel akan dikenakan melalui kaedah pembayaran pascabayar. Mesej WhatsApp yang mengandungi pautan pembayaran akan dihantar setiap hari Isnin antara jam 11:00 pagi hingga 8:00 malam. Jika anda tidak menggunakan WhatsApp, peringatan melalui SMS akan dihantar.

Bagaimana Cara Mencipta Akaun Ninja Van?

Untuk mencipta akaun anda:

  • Daftar akaun melalui Ninja Van Dashboard di laman web atau muat turun aplikasi Ninja Biz di Apple App Store / Google Play Store
  • Masukkan e-mel atau nombor telefon dan pilih negara anda
  • Sahkan e-mel atau nombor telefon melalui OTP
  • Tetapkan kata laluan anda
  • Masukkan maklumat peribadi atau perniagaan
  • Masukkan maklumat akaun bank (jika memerlukan servis COD sahaja)
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan salinan bahagian hadapan kad pengenalan

Dan anda sudah bersedia untuk mula menghantar parcel!

Mengapa Saya Diminta Menggunakan E-mel / Nombor Telefon Lain untuk Mencipta Akaun Ninja Van?

E-mel atau nombor telefon anda telah didaftarkan dengan akaun sedia ada.
Sila gunakan e-mel atau nombor telefon lain untuk mencipta akaun Ninja Van anda.

Mencari Perkhidmatan Kurier Terbaik di Malaysia?

Ninja Van merupakan antara pilihan utama untuk perkhidmatan kurier di Malaysia dengan liputan yang meluas. Tidak seperti kebanyakan pesaing, Ninja Van meliputi setiap poskod di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tanpa menggunakan ejen pihak ketiga, sekali gus memastikan kualiti servis yang konsisten.

Berapakah Kadar Harga Pos untuk Semenanjung dan Sabah & Sarawak di Malaysia?

Kadar harga bergantung pada berat parcel dan destinasi penghantaran. Bagi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, harga penghantaran dikira berdasarkan berat (per KG) oleh Ninja Van.

Kadar terperinci boleh dirujuk dalam jadual harga di bahagian “Kadar Penghantaran Pascabayar (per KG, Malaysia)”. Untuk mendapatkan harga yang paling tepat berdasarkan butiran penghantaran anda, sila hubungi kami.

Apakah Cara Paling Murah untuk Hantar Parcel di Malaysia?

Ninja Packs daripada Ninja Van merupakan pilihan paling menjimatkan untuk barangan kecil hingga sederhana. Ia menggunakan sistem harga tetap “isi sebanyak mungkin”, di mana anda hanya bayar satu harga berdasarkan saiz beg, tanpa had berat.

Kaedah ini biasanya lebih berbaloi berbanding penghantaran berdasarkan berat, terutamanya untuk barangan yang berat tetapi padat.

Adakah Ninja Van Menyediakan Servis Pickup dari Pintu ke Pintu?

Ya. Servis pickup dari pintu ke pintu tersedia untuk semua pengguna Ninja Van. Pickup boleh dijadualkan melalui Ninja Dashboard, termasuk untuk pemegang Akaun Perniagaan.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menghantar parcel ke mana-mana 5,500+ lokasi Ninja Point yang tersedia.

Berapa Cepat Ninja Van Hantar Parcel di Malaysia?

1 hingga 3 hari bekerja untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia. 3 hingga 7 hari bekerja untuk penghantaran ke atau dari Sabah dan Sarawak

Bagaimana Saya Boleh Jejak Parcel Ninja Van Secara Masa Nyata?

Masukkan Tracking ID anda ke dalam ruangan carian di laman web Ninja Van atau aplikasi Ninja Biz. Sistem akan memberikan kemas kini masa nyata tentang status parcel anda, contohnya: Diambil, Sedang Disusun, atau Dalam Proses Penghantaran.

Apakah Barang yang Dilarang untuk Dihantar?

Barang berbahaya dan barangan haram tidak dibenarkan dihantar. Ini termasuk bahan letupan, cecair/padat mudah terbakar, narkotik, haiwan hidup, dan barangan mudah rosak yang memerlukan penyejukan.

Senarai penuh barang yang dilarang boleh dirujuk di sini.

Bagaimana Cara Membuka Akaun Perniagaan untuk Penghantaran Pukal?

Anda boleh memohon secara dalam talian melalui bahagian “Mohon Akaun Perniagaan” di atas. 

Akaun Perniagaan adalah percuma untuk didaftarkan dan menawarkan kitaran bil bulanan, pengurusan akaun berdedikasi, serta diskaun berdasarkan jumlah parcel.

Apa yang Berlaku Jika Parcel Saya Hilang atau Rosak?

Ninja Van menyediakan perlindungan liabiliti untuk semua penghantaran.
Jika parcel disahkan hilang atau rosak semasa berada di bawah jagaan Ninja Van, anda boleh membuat tuntutan bayaran gantian berdasarkan nilai barangan yang telah diisytiharkan.

Adakah Ninja Van Menghantar pada Hujung Minggu dan Cuti Umum?

Ya, kami membuat penghantaran pada hari Sabtu. Operasi Ninja Van berjalan 7 hari seminggu, kecuali pada cuti umum yang diwartakan.