Ninja Rewards

a banner showing Ryo holding a golden trophy with gift boxes behind him after getting rewarded from the Ninja Reward program

Pengalaman yang Menguntungkan

Semakin banyak anda menghantar bersama kami, semakin banyak mata ganjaran yang anda boleh perolehi. Jadi, nikmatilah pelbagai manfaat seperti perkhidmatan tambahan setia kali anda mencapai peningkatan taraf baru dalam program setia kami! Kami sentiasa mencari lebih banyak cara untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan memberi pulangan yang lumayan, jadi pastikan anda mengikuti kami untuk lebih banyak ganjaran!
Ryo driving a Ninja Van's van full of parcels while happily while showing a thumbs up
Hantar

Mata ganjaran anda akan ditambah secara automatik ke dalam akaun anda apabila anda menghantar bersama kami.

You can change your points to redeem gifts under the Ninja Rewards program
Tebus

Tukarkan mata ganjaran anda untuk ganjaran eksklusif seperti bahan pembungkusan, pengurangan bil, dan banyak lagi!

The trophies of different colours represent the different tiers in the Ninja Rewards program which you could acquire based on the number of parcels delivered per month
Naik Taraf

Hantar lebih banyak untuk mengakses lebih banyak faedah!

Taraf dan Manfaat

Inilah pandangan ringkas mengenai ganjaran dan manfaat yang tersedia! Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki program kami, jadi pastikan anda memantau manfaat terkini. Anda juga boleh menggunakan mata ganjaran anda untuk menebus rebat bil, baucar, dan bahan pembungkusan!*


*Sila ambil maklum bahawa program Ganjaran Ninja hanya untuk Penghantar Ninja Pro.

a cutout of Ryo as he is not a shipper yet with Ninja Van
Belum menjadi pengirim lagi?

Daftar akaun Ninja Pro untuk menikmati ganjaran VIP eksklusif.

Daftar

Ryo jumping out of a gift box celebrating getting rewards from the Ninja Rewards program
Sudah menjadi ahli Ninja Rewards?

Klik di sini untuk log masuk dengan akaun anda.

Log Masuk

Soalan Lazim (FAQ)


Bagaimana saya boleh mendaftar untuk Ninja Rewards?

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mempunyai akaun Ninja Van Pro sedia ada untuk menyertai program ini.

Anda akan disenaraikan secara automatik dalam program ini apabila anda layak. E-mel akan dihantar untuk memaklumkan tentang pendaftaran anda yang berjaya.

Sila ambil perhatian bahawa mata ganjaran hanya akan dikumpulkan selepas pendaftaran sahaja.

Adakah terdapat yuran keahlian atau langganan?

Tidak, tiada yuran keahlian atau langganan sama sekali! Ninja Rewards adalah percuma untuk setiap penghantar Ninja Pro yang layak.

Saya mempunyai lebih dari satu akaun penghantar, bolehkah saya menggabungkan semua mata ganjaran Ninja Rewards saya?

Ya, sila e-mel kami di my-rewards@ninjavan.co. Sila ambil perhatian bahawa proses penggabungan akaun tidak boleh dipulihkan ke situasi asal.

Bagaimana untuk mengetahui akaun mana yang sudah berdaftar dengan program Ninja Rewards?

Jika anda telah menunjukkan semua akaun anda semasa pendaftaran, mata ganjaran yang diperoleh daripada semua akaun ini akan digabungkan secara automatik.

Untuk pertanyaan mengenai mata ganjaran atau akaun, sila berhubung dengan kami melalui e-mel di my-rewards@ninjavan.co.

Bagaimana saya boleh mendapatkan mata ganjaran Ninja Rewards?

Anda akan mendapat mata  ganjaran dengan setiap pesanan penghantaran biasa yang lengkap bersama kami! Mata ganjaran akan ditambah secara automatik pada penhujung hari berdasarkan bilangan penghantaran yang selesai pada hari tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penghantaran Ninja Pack tidak layak untuk mata ganjaran Ninja Rewards.

Apa ganjaran yang boleh saya perolehi?

Kami mempunyai Manfaat Eksklusif Ninja, Manfaat Rakan, dan ganjaran yang boleh ditebus untuk setiap tier. Kumpulkan mata ganjaran Ninja Rewards untuk lebih banyak faedah dan hak istimewa!