Ninja Lite

Untuk masa terhad sahaja, hantar 15 bungkusan dan 5 bungkusan yang seterusnya percuma!

Telefon bimbit vs aplikasi web

Dengan Ninja Lite, pengirim boleh mencipta pesanan melalui kedua-dua telefon bimbit dan aplikasi web. Pengguna boleh mengakses kedua-dua papan pemuka melalui maklumat log masuk yang sama. Sila ambil maklum bahawa pengguna hanya boleh membuat penciptaan pesanan secara pukal melalui Ninja Dashboard.
Ninja Dashboard

Daftar akaun

Ninja Biz App

Muat turun aplikasi

Penghantaran parsel yang mudah dan senang

Di Ninja Van, kami komited dalam menyediakan anda dengan perkhidmatan kurier yang mudah. Sebagai sebuah syarikat kurier yang pakar dalam berkhidmat kepada pelanggan e-dagang, kami menetapkan standard kualiti yang tinggi. Apakah maksud kualiti dalam penghantaran pantas? Bagi kami, kelajuan, pengendalian parsel yang baik, dan khidmat pelanggan yang luar biasa.
Kami mementingkan penghantaran cepat

Kami faham–masa itu berharga. Pasukan hebat kami dan rangkaian logistik yang lancar memastikan bahawa bungkusan anda tiba di destinasi tepat pada masa, membantu jenama anda menepati SLA yang dijanjikan.

Kami ambil serius pengendalian parsel

Sebaik sahaja kami terima bungkusan anda, kami menjaganya dengan penuh cermat. Rapuh atau tidak, kesemua barangan anda adalah selamat. Pasukan kami bekerja keras untuk memastikan mereka tiba ke destinasi dalam keadaan sempurna.

an image of Ryo, as an account manager, sitting in front of a monitor greeting shippers
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami

Kepuasan anda adalah misi kami dan kami mempunyai pasukan sokongan yang hebat sedia membantu. Sama ada anda mempunyai soalan, kemusykilan atau hanya perlukan teman berborak, kami di sini sedia membuatkan pengalaman anda dengan kami luar biasa.

Penghantaran e-dagang yang mudah dan menyenangkan

Penghantaran pesanan kepada pelanggan anda tidak perlu memeningkan kepala. Dengan Ninja Lite papan pemuka pengirim, penjual e-dagang dan pemilik perniagaan boleh menguruskan kesemua pesanan dengan mudah. Dengan antara muka yang mesra pengguna, menguruskan stok dan menetapkan pengambilan atau penghantaran hanya dengan satu klik.

Testimonial

Hantar dengan kami

Ninja Van komited untuk menyediakan perkhidmatan tanpa kerumitan kepada penghantar. Langkau perbincangan dan rundingan yang panjang apabila anda memilih untuk menghantar dengan kami. Daftar akaun Ninja Lite pada papan pemuka khas penghantar dan mulakan perjalanan penghantaran anda hari ini!
01
an image showing Ryo holding on to a monitor showing the latest deals by Ninja Van
Cipta akaun pengirim

Hanya isi borang dan daftar sebuah akaun.

02
an image showing Ryo holding a parcel for delivery by Ninja Van
Cipta Pesanan

Sila rujuk Tutorial Dash untuk panduan terperinci.

03
an image of Ryo holding a stack of parcels for Ninja Van last mile delivery service
Mula Menghantar

Aturkan pengambilan atau penyerahan di mana-mana Ninja Point.

Hantar dengan kami di mana sahaja, pada bila-bila masa - muat turun aplikasi

Cipta, urus, dan jejak bungkusan apabila anda di luar! Muat turun aplikasi telefon Ninja Biz kami yang baharu hari ini dan uruskan pesanan anda di mana sahaja.

Soalan Lazim (FAQ)


Terma dan Syarat untuk Promosi Pengguna Baharu Ninja Biz


  • Tawaran ini terbuka untuk pengirim baharu sahaja.
  • Tawaran ini sah untuk 15 hari selepas pendaftaran akaun.
  • Tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2024.
  • Penciptaan pesanan untuk 15 parsel mesti dibuat dalam masa 15 hari selepas pendaftaran, selepas penghantaran selesai, anda boleh nikmati 5 parsel berikutnya secara percuma.
  • Tawaran percuma 5 parsel hanya terpakai bagi caj penghantaran sahaja, tidak termasuk caj COD dan caj insurans.
  • Ninja Van berhak untuk mengubah atau menarik balik terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis awal.


Nota tambahan:

  • Kitaran bil Ninja Van bermula setiap hari Isnin. Pengirim akan menerima pautan pembayaran melalui WhatsApp mengandungi laporan invois bagi pesanan lengkap daripada Isnin ke Ahad.


Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berhubung dengan kami dengan menghantar tiket atau bercakap dengan ejen bualan langsung dalam aplikasi di bahagian helpdesk atau hantar email kepada kami di shippercare_my@ninjavan.co.

Bagaimana saya boleh mula mengirim?

Ianya bergantung sama ada anda mengirim dengan:

  • Bungkusan sendiri - Log masuk ke akaun anda dan cipta pesanan di Ninja Dashboard. Untuk lebih pertolongan, sila rujuk Dashboard Support
  • Ninja Packs - Beli Ninja Packs daripada kedai Packs kami dan cipta pesanan Ninja Pack melalui Ninja Dashboard. Untuk bantuan lanjut, sila rujuk kepada panduan Ninja Packs kami.


Jika anda masih belum mendaftar akaun, sila daftar untuk mendapatkan akaun pengirim.

Bagaimana saya boleh membuat pembayaran bagi pesanan penghantaran saya?

Bayaran akan ditolak daripada kredit yang telah dimasukkan ke dalam akaun anda.

Kredit boleh digunakan bagi Penghantaran Standard (1 - 3 hari)

Bagi penghantaran pesanan Ninja Packs, caj penghantaran termasuk dalam harga pembelian. Pesan Ninja Packs melalui kedai dalam talian kami.

Saya mempunyai soalan yang tidak terjawab di sini.

Sila hubungi shippercare_my@ninjavan.co atau berbual dengan kami di NinjaChat.