Ninja Van Perkhidmatan Penghantaran untuk Perniagaan

Kembangkan perniagaan online anda dengan penyelesaian penghantaran yang berpatutan dan boleh dipercayai.

a banner of Ryo wearing a rocket backpack with KL in the background making delivery

Pantas & Mudah

Penghantaran pantas dan boleh dipercayai

Penjejakan Mudah

Semak status penghantaran anda dengan mudah

Pilihan Fleksibel

Pelbagai pilihan penghantaran yang sesuai untuk keperluan anda

Peluang tidak datang dua kali. Gerakkan perniagaan anda sekarang!

Perusahaan Kecil dan Sederhana

<150 PPM

Perusahaan

>150 PPM

Jom Mula, Hanya 4 Langkah Mudah!

Ingin penghantaran yang cepat, boleh dipercayai, dan sokongan peribadi untuk perniagaan anda? Inilah cara untuk bermula dengan Ninja Van dalam beberapa minit:
01
Daftar Online atau Hubungi Kami

Jika anda menghantar <150 PPM, segera buat akaun dalam talian melalui Ninja Dashboard kami secara PERCUMA.


Untuk perusahaan dengan >150 PPM, hubungi kami dengan ringkas dan beritahu kami keperluan perniagaan anda.

02
(Perusahaan, >150 PPM sahaja)
an image of Ryo, as an account manager, sitting in front of a monitor greeting shippers
Bincangkan Keperluan Perniagaan Anda

Bincang dengan pengurus akaun khusus tentang volume penghantaran, keperluan khusus, dan pertanyaan yang anda ada.


Mereka akan menyesuaikan penyelesaian dengan perniagaan anda dengan sempurna.

03
Cipta Pesanan Penghantaran Pertama

Masukkan butiran penghantaran anda dengan mudah melalui Ninja Dashboard.


Jadualkan “pickup” atau “drop-off” mengikut keselesaan anda - dari Ninja Point atau lokasi tersuai.

04
Hantar, Jual, dan Sukses!

Nikmati penghantaran yang cekap dan boleh dipercayai dari Ninja Van.


Nikmati pengesanan masa nyata, pilihan fleksibel, dan pelanggan yang gembira.

05
06
>150 PPM Only
an image of Ryo, as an account manager, sitting in front of a monitor greeting shippers

Hantar Barang, Bila-Bila Masa!

Aplikasi Ninja Biz menawarkan penyelesaian mudah untuk mengesan bungkusan dalam masa nyata. Nikmati semua kelebihan Ninja Dashboard - terus dari peranti mudah alih anda!

Kertas Putih

Dapatkan maklumat terkini tentang trend e-dagang, pandangan perniagaan, dan hal semasa dengan Kertas Putih Ninja Van.
e-Dagang Melangkaui Sempadan

Jun 2022 - Jangan ketinggalan! Lihat hasil tinjauan kami tentang trend e-dagang terkini di Asia Tenggara. Ketahui berapa banyak orang berbelanja dalam talian dan seberapa kerap mereka melakukannya!

Ketahui lebih lanjut

Masa Depan e-Dagang di Asia Tenggara?

Jun 2023 - Siapa sangka hampir 50% pembeli e-dagang adalah ‘e-shopaholic’? Terokai apa yang menarik minat mereka dan strategi terbaik untuk mengikat perhatian mereka!

Ketahui lebih lanjut

Behind the Rizz of Social Commerce

Jan 2024 - Sosial commerce semakin melonjak, memberikan gambaran manis tentang usahawan yang menuai keuntungan besar. Tapi, apa yang sebenarnya berlaku di sebalik ‘live’ yang penuh aura dan feed yang tampak sempurna?

Ketahui lebih lanjut

Nikmati Penghantaran Terbaik, Daftar Sekarang!

Tingkatkan perniagaan anda dengan penyelesaian penghantaran yang bijak dan lancar. Daftar hari ini dan nikmati kelebihan Ninja Van.

Perusahaan Kecil dan Sederhana

<150 PPM

Perusahaan

>150 PPM

Soalan Lazim (FAQ)

Ingin tahu lebih lagi mengenai perkhidmatan penghantaran Ninja Pro kami? Jika anda tidak mendapat jawapan kepada soalan anda, anda boleh melihat halaman sokongan kami bagi mendapatkan jawapan. Ataupun, anda boleh berhubung dengan staf sokongan pengirim kami yang mesra melalui NinjaChat atau bercakap secara terus dengan pengurus akaun khas anda. Jika anda menggunakan aplikasi Ninja Biz, anda juga boleh menggunakan fungsi bualan dalam aplikasi untuk bercakap dengan ejen langsung kami dengan cepat.

Di manakah parsel saya?

Bagi penjejakan parsel anda, sila klik pada halaman penjejakan dan masukkan ID penjejakan anda yang unik. Sistem kami akan menunjukkan status terkini kepada anda.

Parsel saya lewat.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Sila berhubung dengan staf sokongan penghantar kami atau emel ke shippercare_my@ninjavan.co.

Jika anda bukan penghantar tetapi merupakan seorang penerima, sila emel ke support_my@ninjavan.co.

Sebaliknya, anda juga boleh menghubungi kami di +60 111 722 5600.

Adakah Ninja Van menyediakan perkhidmatan pemulangan?

Ya! Pemulangan akan dicaj mengikut saiz parsel. Sila berhubung dengan pengurus akaun anda untuk mendapatkan perkhidmatan pemulangan.

Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui emel ke shippercare_my@ninjavan.co jika anda memerlukan pertolongan lanjut.

Bolehkah saya merancang penghantaran pada Cuti Umum dan Hujung Minggu (cth: Sabtu dan Ahad)?

Ya anda boleh! Kami menghantar 365 hari setahun, dari pukul 10am ke 10pm, kecuali pada cuti yang digazetkan.

Bolehkah saya membuat penghantaran antarabangsa?

Buat masa ini, kami menyokong pesanan daripada Singapura secara terus. Untuk penghantaran ke negara lain, sila semak halaman penghantaran antarabangsa kami.

Apa jadi jika tiada orang di lokasi penghantaran untuk menerima parsel dan parsel tidak berjaya dihantar?

Kami faham bahawa terdapat masa di mana pelanggan anda mungkin tidak dapat menerima parsel. Jika penghantaran pertama "gagal", pemandu kami akan cuba membuat penghantaran pada hari bekerja yang berikutnya.

Sila ambil maklum bahawa Ninja Van akan membuat 3 percubaan penghantaran keseluruhannya (cth: Percubaan pertama diikuti dengan 2 percubaan berikutnya). Jika semua 3 percubaan gagal, parsel akan dipulangkan kepada anda tanpa caj tambahan.

Jika percubaan penghantaran tidak tepat, sila hubungi shippercare_my@ninjavan.co atau pengurus akaun anda.


Bukan sekadar penyedia penghantaran

Hubungi pasukan kami untuk mendapatkan penyelesaian logistik menyeluruh yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda. Nikmati kadar yang kompetitif dan perkhidmatan berkualiti apabila anda memilih Ninja Van!
Rantaian Sejuk Beku

Kembangkan tawaran anda untuk merangkumi barangan sensitif suhu. Teknologi canggih Ninja Cold memastikan penghantaran produk segar merentasi Asia Tenggara. Nikmati perkhidmatan yang pantas, boleh dipercayai, dan kos efektif.

Ketahui lebih lanjut

an image of a Ninja Van lorry in front of the fulfilment warehouse
Pemenuhan dan pergudangan

Gunakan lokasi yang strategik, inventori masa nyata (WMS), dan perkhidmatan tambahan untuk pemprosesan pesanan yang lebih efisien.

Ketahui lebih lanjut

Penghantaran antarabangsa

Kuasai logistik antarabangsa dan buka pasaran baharu melalui pelepasan kastam, pilihan penghantaran yang meluas, dan penjejakan masa nyata.

Ketahui lebih lanjut