MCMC Jalankan Survei Pengguna Internet 2026 (IUS 2026), Survei Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2026 (BQoES 2026) Dan Survei Kualiti Pengalaman POS Dan Kurier 2026 (PCQoES 2026)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menjalankan Survei Pengguna Internet 2026 (IUS 2026), Survei Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2026 (BQoES 2026) dan Survei Kualiti Pengalaman Pos dan Kurier 2026 (PCQoES 2026) bertujuan untuk memahami perubahan tingkah laku dan trend penggunaan Internet serta menilai kualiti pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar tetap, jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan pos dan kurier di Malaysia.
Survei ini akan dijalankan dari bulan September hingga Disember 2026 dan dilaksanakan melalui panggilan telefon, temu bual fizikal (face-to-face) dan penyertaan secara dalam talian bagi memastikan penyertaan yang meluas dan inklusif.
Survei ini dijalankan semata-mata untuk tujuan statistik dan penyelidikan. Tiada maklumat peribadi atau kewangan akan diminta dan tiada bayaran atau transaksi terlibat. Survei ini juga tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti jualan atau komersial.
Penyertaan adalah secara sukarela sepenuhnya dan MCMC amat menghargai kerjasama serta sumbangan orang awam.
Sebarang kemas kini atau perubahan tempoh survei akan diumumkan di laman sesawang MCMC: www.mcmc.gov.my.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Ibu Pejabat MCMC, MCMC Tower 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor
(u.p: Jabatan Statistik dan Risikan Data - statistics@mcmc.gov.my)
Tel: +603 8688 8000
Faks: +603 8688 1000


