Amaran Penipuan: Waspada Mesej Palsu yang Mengaku dari Ninja Van Malaysia

Ninja Van Malaysia telah dimaklumkan mengenai kewujudan penipu yang menyamar sebagai pihak Ninja Van dan menyasarkan individu awam melalui pelbagai saluran komunikasi.

Mangsa telah melaporkan menerima mesej yang menyamar sebagai mesej rasmi daripada Ninja Van, meminta mereka mengesahkan alamat dengan mengklik pautan yang mencurigakan.

Jika diklik, URL itu akan mengarahkan mangsa ke laman web palsu yang menyamar sebagai Ninja Van. Laman web ini kemudiannya akan cuba memperdayakan mereka untuk memasukkan semula maklumat sensitif dan membayar yuran penghantaran semula bungkusan mereka.

Ninja Van Malaysia tidak akan meminta penerima bungkusan untuk klik pada sebarang pautan, terutamanya berkaitan dengan kerosakan bungkusan. Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan mesej sedemikian dan tidak klik pautan atau muat turun fail daripada sumber yang tidak disahkan.

Langkah Berjaga-jaga daripada Ninja Van Malaysia:

  • Berhati-hati semasa berinteraksi dengan pautan dan dokumen dari sumber yang tidak dikenali atau tidak dipercayai
  • Muat turun aplikasi hanya dari platform rasmi seperti Google Play Store dan Apple App Store
  • Lumpuhkan tetapan “Pasang Aplikasi Tidak Diketahui” pada peranti anda untuk elakkan pemasangan tanpa kebenaran
  • Kenalpasti tanda-tanda penipuan dan semak dengan saluran rasmi

Ninja Van Malaysia hanya akan menghubungi penerima bungkusan melalui saluran rasmi seperti:

  • Sistem pemesejan rasmi kami: NinjaChat
  • Akaun media sosial yang disahkan dan akaun WhatsApp Business rasmi
  • Alamat e-mel yang berakhir dengan @ninjavan.co

Maklumkan kepada pihak berkuasa, ahli keluarga dan rakan-rakan mengenai penipuan yang berlaku. Buat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Jika anda menerima mesej mencurigakan di WhatsApp atau platform sosial lain, sila hubungi kami melalui saluran rasmi berikut:

Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Sentiasa berwaspada dan lindungi diri anda.