Perkhidmatan Pemenuhan E-dagang & Gudang B2B di Malaysia

Pusat sehenti untuk pemprosesan pesanan dan pengurusan inventori bagi perniagaan dalam talian dan luar talian.

Pemenuhan Pantas, Tepat & Sedia Digunakan untuk Perniagaan Aktif

Kami telah bantu pelbagai perniagaan—dari FMCG hingga penjagaan kesihatan—urus ribuan pesanan setiap hari dengan lancar. Tidak kira permintaan stabil atau bermusim, model kami fleksibel dan sedia ikut keperluan anda.


Daripada simpanan pukal hinggalah “pick & pack” terperinci, kami sediakan solusi fleksibel. Rangkaian logistik kami di Malaysia dan Asia Tenggara pastikan pesanan anda dihantar dengan cepat dan tepat.

Perbezaan Antara Pemenuhan E‑Pemenuhan & Perkhidmatan Gudang

Kriteria E‑Pemenuhan Perkhidmatan Gudang
Jenis Pesanan Pesanan harian berjumlah tinggi Simpanan pukal & penghantaran borong
Kelajuan Penghantaran Penghantaran segera ke seluruh Malaysia & Asia Tenggara Penghantaran berkala atau konsolidasi untuk cawangan
Tahap PengendalianUnit kecil, “bundle” atau barangan berasingan Pallet, kotak besar, atau barangan dalam jumlah banyak
Struktur KosBayar ikut guna, dengan kos operasi rendahPenyimpanan berskala dengan pengoptimuman ruang dan tenaga kerja khusus
FleksibilitiSesuai untuk promosi, jualan bermusim & “flash sale” Ideal untuk pengurusan inventori jangka panjang & tetap
Ketepatan & Kecekapan “Pick/pack” berpandukan sistem & status masa nyata Inventori digabung untuk pesanan B2B dan B2C
Sesuai untukJenama D2C, e-dagang, penjual pasaranPengedar, peruncit, dan penjual semula B2B


Proses Pemenuhan Ninja Van

Sebaik sahaja inventori anda tiba di gudang kami, proses akan bermula secara automatik. Dengan sistem teknologi dan SOP berstruktur, setiap langkah—daripada imbasan masuk hingga penghantaran last-mile—dilaksanakan untuk menjamin ketepatan, kelajuan, dan skala. Semua dengan pemantauan masa nyata.

Dipercayai Ribuan Perniagaan di Malaysia & Asia Tenggara

Ninja Fulfilment ialah pilihan utama bagi jenama yang menuntut kepantasan, kebolehpercayaan dan penyelesaian berskala untuk B2C dan B2B. Beberapa rakan niaga kami termasuk:

Sedia untuk Tingkatkan Operasi Anda?

Hubungi Ninja Fulfilment hari ini untuk maklumat tentang perkhidmatan pemenuhan e‑dagang atau untuk mendapatkan sebut harga tersuai.

Soalan Lazim


Apa itu gudang e-dagang dan bagaimana ia berfungsi?

Gudang e‑dagang ialah fasiliti penyimpanan yang direka khusus untuk pengurusan inventori dan pemprosesan pesanan. Di Ninja Van, gudang pemenuhan kami mengendalikan segalanya—dari menerima inventori hingga picking, pengepakan & penghantaran ke pelanggan di Malaysia dan Asia Tenggara—menjadikannya proses yang pantas, tepat dan boleh diskala.

Apa jenis produk yang sesuai untuk perkhidmatan pemenuhan e‑dagang Ninja Van?

Kami menyokong pelbagai kategori produk—fesyen, kosmetik, kesihatan, elektronik, FMCG dan banyak lagi. Asalkan barangan anda bukan mudah rosak atau berbahaya, dan dalam had saiz/berat, kami boleh sediakan pelan pemenuhan gudang yang sesuai.

Apakah kadar bayaran Pemenuhan E-dagang & Gudang B2B Ninja Van?

Kami sediakan sebut harga berdasarkan saiz, berat dan tahap pembungkusan. Hantar butiran anda untuk penilaian percuma.

Adakah pemenuhan termasuk pengambilan/penghantaran?

Pemenuhan adalah servis bebas, namun kami juga menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran batu-terakhir secara berasingan. Lihat perkhidmatan penghantaran batu-terakhir kami untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya guna bahan pembungkusan sendiri?

Semestinya. Ramai pelanggan e‑dagang kami menggunakan pembungkusan berjenama. Beritahu pasukan kami dan kami akan bantu atur penghantaran bahan ke gudang kami.

Bolehkan saya tingkatkan ruang simpanan dan jumlah pemenuhan semasa perniagaan berkembang?

Sudah tentu. Model gudang e‑dagang kami direka untuk berkembang bersama perniagaan anda. Anda boleh tambahkan ruang storan, jumlah pesanan dan perkhidmatan tambahan bila-bila masa—terutamanya semasa musim puncak atau pelancaran produk.


Perkhidmatan Lain

Penghantaran Antarabangsa

an image of the shipping options provided by Ninja Van which are through aeroplane for air freight and container ship for sea freight worldwide

Ingin menghantar ke luar negara? Manfaatkan pengalaman kami dalam logistik rentas sempadan dan libatkan kami untuk kelancaran pelepasan kastam, pertukaran mata wang, dan perkhidmatan penting lain.

Penghantaran Barang

an image showing Ninja Van freight forwarding service through land, sea and air

Dapatkan perkhidmatan penghantaran dengan Ninja Van hari ini. Sama ada melalui laut, udara, trak, atau rel, pasukan kami komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan kadar yang paling kompetitif.