Penyelesaian Logistik Menyeluruh bagi Perniagaan e-Dagang

Pengambilan Bungkusan
Selepas menjadualkan pengambilan, seorang Ninja akan mengumpul bungkusan anda dari alamat yang dipilih dan menghantarnya ke salah satu gudang kami untuk pempaletan, penyusunan dan pemilihan.
.png)
Perjalanan Pertengahan
Bungkusan anda akan berlepas melalui penghantaran udara, penghantaran laut, atau pengangkutan darat, bergantung kepada lorong perkhidmatan ke negara destinasi. Ninja Van akan menguruskan semua pelepasan kastam, dari eksport dan import untuk anda.

Penghantaran Batu Terakhir
Selepas melepasi kastam, bungkusan dimuatkan dan disediakan untuk penghantaran ke pintu penerima. Pasukan pakar Penghantaran Batu Terakhir kami akan merangka laluan yang paling efisyen untuk bungkusan anda.
Cukai untuk Penghantaran Antarabangsa

*cukai import tertakluk kepada peraturan negara destinasi dan bergantung kepada jenis komoditi.
Pelanggan rentas sempadan kami









Apa kata penghantar kami
Notis
Notis Rasmi: Perubahan kepada Peraturan Kastam Singapura - GST ke atas Barangan Bernilai Rendah (LVG) yang Diimport. Kami ingin memaklumkan kepada anda perubahan berikut oleh Pihak Berkuasa Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS), berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023:
Rejim Pendaftaran Pembekal Luar Negeri (OVR) yang Baru
Di bawah rejim OVR, mana-mana pembekal yang berasal dari luar Singapura tertakluk kepada pendaftaran, sama ada secara retrospektif atau prospektif, jika:
Mereka mempunyai perolehan global tahunan melebihi S$1 juta; dan
Membuat bekalan B2C bagi Barangan Bernilai Rendah (LVG) & perkhidmatan jauh (sama ada digital atau bukan digital) kepada pelanggan di Singapura melebihi S$100,000 setiap tahun.
Asas Retrospektif:
Perolehan global & nilai bekalan B2C LVG ke Singapura melebihi S$1 juta dan S$100,000 bagi tahun kalender (1 Januari - 31 Disember).
Asasa Prospectif:
Pembekal menjangkakan nilai perolehan global dan bekalan B2C LVG akan melebihi S$1 juta dan S$100,000 dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Pembekal yang layak dikehendaki untuk:
- Mendaftar GST di Singapura selepas memenuhi syarat (permohonan boleh dibuat melalui pautan ini).
- Memungut 8% GST kepada pelanggan Singapura semasa jualan bagi LVG (<S$400), yang diimport melalui udara atau pos.
Soalan Lazim Notis
Apa yang perlu anda lakukan jika anda adalah penjual OVR yang menghantar ke Singapura?
Sila pastikan anda menyediakan maklumat berikut kepada pembekal logistik anda semasa mencipta pesanan untuk memastikan kelancaran perlepasan kastam:
- Nombor Pendaftaran GST yang dikeluarkan oleh IRAS pada tarikh berkuatkuasa pendaftaran.
- Nilai setiap item dalam bungkusan.
- Petunjuk sama ada GST telah dibayar untuk setiap item (Ya/Tidak).
Bagaimana ini mempengaruhi saya sebagai pengguna?
Mulai 1 Januari 2023, jika anda adalah pengguna di Singapura, penjual akan mengenakan caj GST ke atas barangan bernilai S$400 atau kurang ("Barangan Bernilai Rendah"), yang diimport ke Singapura melalui udara atau pos dan dibeli dari pembekal yang berdaftar GST.
Cukai jualan dikenakan ke atas nilai LVG termasuk perkara berikut:
- Kos pengangkutan dan insurans.
Rejim OVR ini tidak akan memberi kesan kepada pembelian dari:
- LVG daripada penjual yang tidak berdaftar OVR; atau
- Diimport melalui laut atau darat (tidak kira nilai); atau
- Diimport melalui udara atau pos (bernilai lebih dari S$400).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi IRAS atau hubungi Pengurus Akaun Ninja Van anda.
Perkhidmatan Lain

Penghantaran Barang
Di Ninja Van, perkhidmatan Penghantaran Barang kami merangkumi pengangkutan udara, laut, trak, dan rel. Rundingkan dengan kami untuk mengetahui kaedah pengangkutan dan jenis kargo yang paling sesuai untuk perniagaan anda.
Ketahui Lebih Lanjut
.png)
Perolehan
Pasukan Perolehan kami pakar dalam mencari dan membeli barangan dari China dan di rantau Asia Tenggara. Cari sumber produk anda dengan kadar yang berdaya saing dan dapatkan penghantaran kepada anda atau pelanggan anda hanya dengan satu klik.
Ketahui Lebih Lanjut