Pemulangan Bungkusan Kurier Tanpa Kerumitan
Pemulangan dan bayaran balik tidak perlu rumit
Proses pemulangan bungkusan dan bayaran balik boleh menjadi rumit. Itulah sebabnya Ninja Van memulakan kempen #SkipTheDrama untuk membantu anda mendapatkan pemulangan dan bayaran balik dengan mudah.
Bagaimana cara mengembalikan bungkusan
Hubungi penjual
Sila hubungi penjual untuk memberitahu mereka mengenai niat anda untuk mendapatkan pemulangan/bayaran balik.
Ikut arahan
Dasar pemulangan mungkin berbeza. Sila ikut arahan yang diberikan oleh penjual.
Membungkus semula bungkusan pemulangan
Untuk memastikan pemulangan berjalan lancar, bungkus semula barangan dalam bungkusan asalnya.
Pilih untuk Ambil atau Letak
Penjual sepatutnya menjadualkan pesanan pemulangan dengan Ninja Van bagi pihak anda. Anda boleh memilih antara ambil di depan pintu atau letak di Ninja Point.
Soalan Lazim (FAQ)
Bolehkah saya mengembalikan bungkusan saya menggunakan Ninja Van?
Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, sila semak dengan pengirim jika mereka telah memilih perkhidmatan pemulangan bungkusan dengan kami, atau penghantaran pemulangan akan dikenakan kadar bayaran bergantung kepada saiz bungkusan.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi support_my@ninjavan.co.
Bagaimana saya boleh mengembalikan bungkusan saya?
Sila hubungi pengirim anda untuk memberitahu mereka bahawa anda ingin mengembalikan bungkusan anda. Mereka sepatutnya memberikan anda proses pemulangan dan menjadualkan pesanan pengambilan pemulangan dengan Ninja Van.
Setelah anda memberitahu pengirim anda, pastikan bungkusan berada dalam bungkusan asalnya untuk pengambilan. Rider akan mengambil bungkusan pada tarikh yang ditetapkan oleh pengirim anda.
Sebagai alternatif, anda boleh menyerahkan bungkusan pemulangan anda di Ninja Point daripada menunggu untuk pengambilan.
Bagaimana saya boleh menjejaki Bungkusan Pemulangan saya?
Setelah pesanan pemulangan telah dibuat untuk pengambilan, sila hubungi pengirim anda untuk mendapatkan ID Jejak Pemulangan.
Setelah Rider kami telah mengambil bungkusan daripada anda, anda boleh mengikuti perjalanan pemulangan menggunakan ID Jejak Pemulangan tersebut di laman Penjejakan.
Bagaimana cara memohon pemulangan wang?
Sila hubungi pengirim anda untuk mendapatkan bayaran balik. Mereka sepatutnya memberikan anda proses bayaran balik mereka dan pada masa yang sama, menghubungi kami untuk menjadualkan pengambilan pemulangan untuk mengambil semula bungkusan.
Ada lebih banyak soalan mengenai pemulangan bungkusan anda atau dasar kami?
Hubungi support_my@ninjavan.co atau hubungi kami di +60 111 722 5600 untuk bantuan lanjut. Sebagai alternatif, isi borang perhubungan atau langgan NinjaChat untuk bercakap dengan ejen langsung.
Satu chat untuk semua
Dapatkan kemaskini terkini tentang bungkusan anda, notifikasi status masa nyata dan bercakap dengan ejen langsung di aplikasi sembang kesukaan anda - bila-bila masa, di mana jua.