Bagaimana pelanggan saya boleh jejak status pesanan mereka?

Untuk pengguna Shipper Dashboard

Kongsi ID penjejakan (tracking ID) dengan pelanggan anda dan arahkan mereka ke laman penjejakan kami:

https://www.ninjavan.co/ms-my/tracking


Untuk pengguna aplikasi Ninja Biz

Anda boleh kongsikan pautan penjejakan terus kepada pelanggan anda. Ikuti langkah berikut:

1. Pilih tab ‘Order’ atau ‘Delivery’

2. Tekan ikon kanta pembesar di bahagian atas kanan dan cari pesanan anda

3. Skrol ke bawah sehingga jumpa butang ‘Share’

4. Klik ‘Share’ untuk hantar pautan penjejakan melalui SMS atau WhatsApp

Adakah maklumat ini membantu anda?