Ninja Direct

Jaminkan barangan anda dari China dan SEA dengan perkhidmatan peyumberan dan perolehan kami yang menyeluruh

Perkhidmatan Kami

Penyumberan & Perolehan

Peluang berkenalan dan berhubung dengan pembekal dan Pengeluar Peralatan Asal (OEM) di China untuk elektronik, fesyen, rumah, gaya hidup, dan banyak lagi!

Ketahui lebih lanjut

Penghantaran Rentas Sempadan

Dapatkan pesanan anda dengan cepat dan dengan kadar yang berpatutan dengan pasukan penghantaran antarabangsa kami.

Ketahui lebih lanjut

Pembiayaan Perdagangan

Perlukan aliran tunai yang lebih mampan? Manfaatkan pilihan pembayaran fleksibel kami tanpa caj tersembunyi dan tanpa cagaran!

Ketahui lebih lanjut

Penyumberan & Perolehan

Sebagai pembekal Perkhidmatan Logistik Pihak Ketiga (3PL) terkemuka di SEA dengan liputan 100%, Ninja Van menjimatkan masa dan wang anda dengan perkhidmatan pengambilan jarak pertama dan penghantaran ke gudang kami. Anda juga boleh yakin apabila anda menyerahkan rundingan kepada pasukan pakar perolehan kami.
Find-for-you

Mencari pembekal yang baik adalah penting untuk perniagaan e-dagang mana pun. Dengan kebanyakan produk kini datang dari China, mempunyai rangkaian yang hebat dan kemahiran berunding dapat menyelesaikan urusan tersebut. Find-for-you mengendalikan segala-galanya dari:

  • Peyumberan
  • Pembelian
  • Logistik/Pengimportan
  • Pengambilan dan penghantaran ke gudang anda
Buy-for-you

Jika anda telah memilih pembekal tetapi memerlukan bantuan dalam rundingan harga, kuantiti Pesanan Minimum (MOQ), pengesahan produk, dan penyaringan pembekal, Buy-for-you adalah perkhidmatan yang terbaik untuk anda, dengan:

  • Pembelian
  • Logistik/Pengimportan
  • Pengambilan dan penghantaran ke gudang anda

Kami juga menawarkan bantuan pembayaran jika diperlukan.

Perkhidmatan Penghantaran Rentas Sempadan

Perkhidmatan penghantaran rentas sempadan adalah penting dalam keseluruhan proses perolehan. Selepas anda mendapatkan sumber dan membeli produk dari pembekal, kami akan mengatur pengangkutan barang ke destinasi yang anda pilih - menggunakan gudang-gudang tempatan kami jika anda tidak mempunyai kemudahan penyimpanan.

Ini termasuk perkhidmatan pengangkutan barang yang fleksibel dengan harga yang berpatutan untuk memastikan anda boleh menerima produk dari pembekal tanpa melintasi beberapa sempadan. Pasukan perkhidmatan  penghantaran rentas sempadan Ninja Van juga akan menguruskan pelepasan kastam, pertukaran mata wang, dan dokumen cukai dari negara asal hingga destinasi akhir bagi pihak anda.

Perkhidmatan Pembiayaan Perdagangan

Ninja Direct bangga menjadi rakan logistik yang bukan sahaja memberi bantuan dan sokongan dari segi penciptaan aliran tunai yang mampan, memperluaskan inventori, dan menyediakan pelbagai pilihan pembayaran tetapi juga memastikan segala masalah diatasi tanpa kerumitan. Selain itu, banyak pembekal memerlukan pembayaran penuh sebelum pengeluaran barang, tetapi sesetengah perniagaan mungkin tidak mempunyai tunai yang mencukupi. Oleh sebab itu, anda boleh memilih untuk hanya membayar deposit apabila anda membuat pesanan dari kami. Proses permohonan yang cepat dan bebas masalah untuk pilihan pembayaran yang fleksibel kami tanpa caj tersembunyi dan tidak memerlukan jaminan. Bayar hanya untuk apa yang anda perlukan!
Bayar sebelum penghantaran (P4D)

Kami menyediakan pilihan untuk membayar sebahagian daripada pembayaran sementara kami membantu untuk membayar baki pertama. P4D memberikan anda lebih banyak masa untuk menyediakan dana sambil memiliki kebebasan untuk menguruskan aliran tunai anda secara lebih mampan.

Bayar Kemudian (PayLater)

Selain daripada skim P4D, kami juga menawarkan pelan PayLater. Pelan ini membenarkan anda meletakkan deposit sebanyak 30% semasa penempatan pesanan dan membayar baki selepas tempoh persetujuan 45, 60, atau 90 hari, membolehkan anda mengekalkan aliran tunai yang lebih sihat.