Perkhidmatan Bayar Waktu Terima (COD)

What is Cash on Delivery (COD)?Apa itu Bayar Waktu Terima (Cash on Delivery / COD)?

Cash on Delivery (COD) ialah perkhidmatan mudah yang ditawarkan oleh Ninja Van, di mana kami akan kutip bayaran daripada penerima bagi pihak penghantar semasa penghantaran dibuat. Sila ambil maklum:


Caj pemprosesan COD adalah 3% daripada nilai invois atau RM4, mana-mana yang lebih tinggi.


Untuk Pengguna Shipper Dashboard

Urus transaksi COD anda dengan mudah:

1. Log masuk ke Shipper Dashboard

2. Rujuk menu COD untuk semak jumlah COD setiap minggu

3. Lihat status COD melalui pilihan seperti ‘Telah Dikutip daripada Pelanggan’, ‘Belum Dikutip’, dan ‘Gagal Dikutip’

4. Dana COD yang berjaya dikutip akan dipindahkan ke akaun bank berdaftar anda mengikut perjanjian bersama wakil jualan (dua minggu sekali / hujung bulan)


Untuk Pengguna Aplikasi Ninja Biz

Baki COD, iaitu jumlah yang Ninja Van perlu bayar kepada anda atau sebaliknya, akan dikemas kini setiap malam. Dana COD yang berjaya dikutip akan dipindahkan ke akaun bank anda setiap hari Khamis.


1. Klik ikon kalendar untuk lihat jumlah COD yang dikutip setiap minggu

2. Di bawah tab ‘Payment’, anda boleh semak aliran tunai COD dan sejarah pindahan dana anda


Nota: Sebagai sebahagian daripada proses yang dikemas kini, Ninja Van akan mula menolak secara automatik sebarang invois tertunggak daripada dana COD yang anda kumpul mulai 03 Julai 2025. Langkah ini membantu memastikan pengurusan akaun yang lebih lancar dan mengelakkan gangguan akibat baki yang belum dibayar.

Adakah maklumat ini membantu anda?