Cara kira & semak kadar penghantaran
Untuk pengguna Ninja Dashboard:
1. Log masuk ke Ninja Dashboard
2. Pilih ‘Create Order’
3. Masukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, kemudian klik ‘Get Estimate’
4. Anggaran kadar penghantaran akan dipaparkan
Untuk pengguna Aplikasi Ninja Biz:
1. Log masuk ke aplikasi Ninja Biz
2. Pilih ‘Get Price Estimate’
3. Masukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, kemudian klik ‘Get Estimate’
4. Anggaran kadar penghantaran akan dipaparkan
Atau klik di sini untuk lihat harga penuh.
Jika anda mempunyai pengurus akaun, sila rujuk terus kepada mereka untuk kad kadar tersuai.
Kadar penghantaran akan dikira berdasarkan:
- Saiz bungkusan (Panjang x Lebar x Tinggi)
- Jenis servis yang dipilih
- Caj tambahan (jika berlaku perubahan alamat)
Anda akan dicaj berdasarkan berat sebenar atau berat isipadu – bergantung yang mana lebih tinggi. Polisi pembundaran (rounding policy):
- Berat dengan titik perpuluhan kurang daripada 0.3kg akan dibundarkan ke bawah
(contoh: 1.29kg dikira sebagai 1kg)
- Berat dengan titik perpuluhan 0.3kg dan ke atas akan dibundarkan ke atas
(contoh: 1.32kg dikira sebagai 2kg)