Apakah jenis perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh Ninja Van?
Ninja Van menyediakan tiga jenis perkhidmatan penghantaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan anda:
1. Penghantaran Biasa (Regular Delivery)
Perkhidmatan standard ini tersedia ke seluruh Malaysia. Anggaran masa penghantaran akan ditentukan berdasarkan lokasi penghantaran dan destinasi. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua jenis pengirim.
2. Penghantaran Hari Sama (Same-day Delivery)
Dengan perkhidmatan ini, bungkusan akan dihantar pada hari yang sama selepas berjaya diambil. Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya tersedia di kawasan Lembah Klang dan untuk pengirim yang terpilih. Sila hubungi pengurus akaun anda untuk maklumat lanjut.
3. Penghantaran Hari Seterusnya (Next-day Delivery)
Bungkusan akan dihantar pada keesokan harinya selepas berjaya diambil. Perkhidmatan ini juga ditawarkan di kawasan Lembah Klang untuk pengirim terpilih. Untuk mengetahui kelayakan anda, sila rujuk kepada pengurus akaun anda.