Panduan membuat tempahan
Bila Ninja Van buat penghantaran?
Kami buat penghantaran setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 7 malam (kecuali pada cuti umum).
Apa maklumat yang diperlukan untuk hantar bungkusan dengan Ninja Van?
Untuk buat penghantaran, kami perlukan maklumat asas pelanggan anda seperti nama, nombor telefon, alamat emel (tidak wajib), alamat penghantaran dan rahan khas untuk penghantaran (jika ada). Selain itu, sila nyatakan berat dan saiz/dimensi bungkusan, nilai bungkusan (jika anda bertanggungjawab atas kandungan), jumlah COD (jika berkaitan) dan kandungan bungkusan.
Panduan saiz bungkusan
Rujuk saiz berikut sebagai panduan. Jika anda ada dimensi tersendiri, boleh masukkan secara manual.
Kecil: 0kg - 4kg (0 - 50cm, L + P + T)
Sederhana: 4.1kg - 10kg (51 - 100cm, L + P + T)
Besar: 10.1kg - 20kg (101 - 150cm, L + P + T)
Sangat Besar: 20.1kg - 30kg (151 - 200cm, L + P + T)
Tiga cara untuk hantar bungkusan anda
1. Singgah ke mana-mana Ninja Point dan serahkan bungkusan anda dengan mudah.
2. Servis Pickup (Ambil di Pintu Rumah)
Servis ini tersedia untuk penghantar sedia ada. Log masuk ke Shipper Dashboard, pilih menu ‘Pickups’ dan tetapkan tarikh, masa serta arahan pickup. Pilih jenis kenderaan yang sesuai untuk bungkusan anda.
3. Guna Aplikasi Ninja Biz
Permudahkan proses tempahan dengan aplikasi Ninja Biz. Pergi ke halaman ‘Order Creation’, masukkan maklumat pelanggan, info bungkusan dan jumlah COD (jika ada) untuk dapatkan anggaran kos penghantaran.
Fungsi Tampal Pintar (Smart Paste) untuk Pengguna Ninja Biz
Fungsi ini bantu anda isi maklumat pelanggan dengan lebih pantas. Caranya:
1. Salin Maklumat Pelanggan
Bila pelanggan kongsi maklumat mereka, salin semua sekali gus.
2. Guna Smart Paste dan Sahkan
Semasa buat tempahan, pilih ‘Smart Paste recipient details at once’, kemudian tekan ‘Confirm’. Sistem akan asingkan maklumat secara automatik ke dalam ruang yang betul.
3. Nota Penting
Pastikan maklumat disalin dengan betul sekali sahaja. Jika ulang proses Smart Paste, maklumat lama akan ditulis semula. Jika ada maklumat yang tidak dapat dikesan, anda boleh masukkan secara manual.
Maklumat yang boleh dikesan melalui Smart Paste:
- Nama
- Nombor telefon
- Alamat emel
- Alamat penghantaran