Bagaimana saya boleh jejaki bungkusan saya?

Anda boleh menjejak bungkusan anda dengan mudah melalui mana-mana cara berikut:

Laman Web Ninja Van

1. Lawati halaman Tracking kami.

2. Masukkan ID penjejakan (Tracking ID).

3. Lokasi terakhir dan anggaran masa penghantaran akan dipaparkan.


Untuk pengguna Shipper Dashboard

Tempahan Individu

1. Log masuk ke Ninja Dashboard dan klik pada ‘Tracking’.

2. Masukkan nama penerima, ID penjejakan atau nombor telefon.

3. Klik ‘Cari’

4. Klik pada tempahan untuk lihat butiran lengkap.


Beberapa Tempahan Sekaligus

1. Log masuk ke Ninja Dashboard dan klik pada ‘Tracking’.

2. Klik ‘Guna Carian Lanjutan (Advanced Search)’.

3. Anda boleh tapis tempahan mengikut:

- Tarikh dibuat

- Status parcel

- Bayaran semasa penghantaran (COD)

- ID Batch

- Fail CSV atau Excel (senarai tracking ID)

4. Klik ‘Cari’

5. Klik pada mana-mana tempahan untuk lihat butiran.


Untuk pengguna aplikasi Ninja Biz

Halaman tempahan (Orders):

1. Paparkan senarai tempahan yang menunggu untuk diambil.

2. Tempahan terkini akan muncul di bahagian paling atas.

3. Klik pada mana-mana tempahan untuk lihat butiran lengkap.


Halaman Penghantaran (Deliveries):

1.  Paparkan senarai semua parcel yang telah diambil.

2. Tempahan dikelaskan mengikut status berikut:

  • Sedang Dihantar (In Transit): Parcel sedang diproses di gudang kami.
  • Penghantaran Hari Ini (Today's Delivery): Parcel akan dihantar hari ini.
  • Selesai (Completed): Parcel telah diterima oleh penerima atau dihantar semula kepada penghantar (jika RTS).
  • Dibatalkan (Cancelled): Tempahan dibatalkan oleh penghantar atau oleh Ninja Van.


Klik pada mana-mana tempahan untuk lihat butiran lengkap.

Adakah maklumat ini membantu anda?