Cara kemaskini, batalkan atau pulangkan bungkusan?
Untuk pengguna Ninja Dashboard:
Cara kemaskini tempahan:
1. Log masuk ke Ninja Dashboard,
2. Klik pada Order History
3. Pilih Tracking ID yang ingin diedit
4. Klik Edit Order
Maklumat yang boleh dikemaskini:
- Nama penerima
- Nombor telefon
- Alamat emel
- Alamat penghantaran
- Arahan penghantaran
Klik Save Changes untuk simpan perubahan.
Nota: Tempahan hanya boleh diedit sebelum ia tiba di pusat penyisihan Ninja Van (sorting hub).
Cara batalkan tempahan melalui Ninja Dashboard:
1. Log masuk ke Ninja Dashboard,
2. Klik pada Order History
3. Klik ikon dropdown di sebelah kanan tempahan anda dan pilih View Order
4. Klik Cancel untuk batalkan tempahan tersebut.
Cara pulangkan tempahan (Return to Sender):
1. Log masuk ke Shipper Dashboard
2. Klik pada Order History
3. Pilih Tracking ID yang berkaitan
4. Klik Stop Delivery
5. Masukkan alamat pemulangan dan pilih tarikh serta masa penghantaran
6. Klik Confirm
Nota: Pulangan hanya boleh dibuat selepas parcel telah diambil oleh rider tetapi sebelum ia dihantar kepada penerima.
Untuk pengguna aplikasi Ninja Biz:
Batalkan tempahan di aplikasi:
1. Buka aplikasi Ninja Biz
2. Pilih menu Order
3. Pilih Tracking ID parcel yang ingin dibatalkan
4. Klik Cancel Order (di sudut kanan atas)
5. Sahkan pembatalan dengan klik Yes, cancel
Perhatian: Pembatalan tempahan melalui aplikasi hanya boleh dibuat jika parcel belum diambil oleh rider. Jika sudah diambil, sila hubungi Pasukan Sokongan Ninja Van melalui saluran alternatif di bawah.